Adik-adik yang ayah kasihi kerana ALLAH,
Ayah menyifatkan hari valentine sebagai hari fahsya’sedunia (maksiat zina).
Janganlah kalian mengundang kemurkaan ALLAH dengan terus menerus melakukan fahsya’ dan maksiat di atas muka bumiNYA ini.
Hari Valentine tidak ada kena mengena dengan kita umat Islam dan umat Nabi Muhammad SAW. Lebih-lebih lagi apabila hari valentine ini dijadikan hari melakukan fahsya’ atau perzinaan di seluruh dunia.
Menyambut hari valentine hukumnya adalah haram seperti yang telah difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Nabi SAW terlebih awal lagi telah mengharamkan kita dari menyerupai orang kafir, sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : “Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia tergolong dalam golongan mereka itu”.
Sudahlah adik-adik sekelian…BERTAUBATLAH…!!hentikanlah segala fahsya’ dan maksiat yang kamu sering lakukan itu.
KEMBALILAH kepada ALLAH yang maha Pengasih lagi maha Penyayang.
SYABAS dan TAHNIAH kepada JAKIM kerana telah mengishtiharkan jihad memerangi hari valentine ini..ALLAHU AKBAR!
Ayah Hafiz
Ketua Pengarah RH
13 Februari 2011