Selamat Datang ke Portal Rasmi Raudhatul Huda~Membentuk Remaja Acuan Al-Quran~
Cinta ALLAH dan RASULULLAH -Semoga dapat mengambil istifadah dan manfaat dari laman ini-

iklan RAUDHATUL HUDA

Saturday, February 26, 2011

SOLAT JEMAAH



  Rasulullah s.a.w bersabda : 

"Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat  bersendirian dengan 27x darjat" 
- H.R.Bukhari dan Muslim

  Rasulullah s.a.w bersabda : 

"Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian solat 2 rakaat  maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna" 
- H.R.Tarmizi

  Rasulullah s.a.w bersabda : 

"Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat" 
- H.R.Attabrani

  Rasulullah s.a.w bersabda : 

"2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya" 
- H.R. Muslim & Tarmizi

  Rasulullah s.a.w bersabda : 

"Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka" 
- H.R.Attabrani

  Rasulullah s.a.w bersabda : 

"Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu" 
- H.R.Attabrani

 Rasulullah s.a.w bersabda : 

"Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas zohor sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka 
- H.R.Abu Daud & Tarmizi

  Rasulullah s.a.w bersabda : 

"Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna maka keluarlah dosa dari tubuhnya sehingga dari bawah kukunya juga" 
- H.R.Muslim

  Rasulullah s.a.w bersabda : 

"Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu masih berada didalam masjid dan melakukan solat dan selama kamu tidakberhadas. Berkata Malaikat "Ya Allah ampunilah dia dan turunkanlah RahmatMu kepadanya" 
- H.R.Bukhari

  Rasulullah s.a.w bersabda : 

"Sesiapa yang solat Isyak berjemaah maka bagaikan bangun (beribadah) ½  malam dan (pada esok paginya) ia mengerjakan solat Subuh secara berjemaah  juga maka (pahalanya) bagaikan bangun semalaman (penuh).  
- H.R.Muslim & Ahmad

  Rasulullah s.a.w bersabda : 

"Apabila kamu rasa ada angin didalam perutmu kemudian kamu ragu adakah ianya telah keluar atau belum, maka janganlah keluar dari solatmu sehingga jelas terdengar bunyi atau tercium baunya" 
- H.R.Muslim

  Rasulullah s.a.w bersabda : 

"Tidak takutkah orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam  (mengangkat kepalanya), kelak akan digantikan kepalanya dengan kepala  kaldai" 
- H.R.Sahih Muslim

 Rasullulah s.a.w bersabda : 

"Solat dengan bersiwak (mengosok gigi) lebih afdal (baik) dari 70 x solat tanpa siwak" 
- H.R.Zanjawaih & Hakim

  Rasullulah s.a.w bersabda : 

"Solat sunat atau fardhu dengan memakai serban menyamai 25x solat yang tidak memakai serban dan solat jumaat dengan memakai serban menyamai 70x Jumaat tanpa memakai serban" 
- H.R.Ibn'Asakir

  Rasulullah s.a.w bersabda : 

"Malaikat senantiasa berdoa untuk kamu selama ia berada ditempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas" 
- H.R.Bukhari & Muslim

  Rasulullah s.a.w bersabda : 

"Apabila imam bangun dari rukuk serta membaca doa, maka hendaklah kamu  membaca "Allahuma Rabbana lakalhamdu" kerana sesiapa yang berkebetulan bacaannya dengan bacaan Malaikat, nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu" 
- H.R.Bukhari & Muslim

  Rasulullah s.a.w bersabda : 

"Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan mailakatNya pula mendoakan bagi orang-orang yang sembahyang pada saf yang pertama" 
- H.R. Ahmad & Abu Daud

  Rasulullah s.a.w bersabda : 

"Sesiapa yang berwuduk padahal ia masih ada wuduk, maka dicatat untuknya sepuluh hasanat" 
- H.R.Abu Dawud

  Rasulullah s.a.w bersabda : 

"Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan" 
- H.R.Attabrani

Monday, February 14, 2011

JANGAN SAMBUT HARI FAHSYA’ SEDUNIA!!


Adik-adik yang ayah kasihi kerana ALLAH,

Ayah menyifatkan hari valentine sebagai hari fahsya’sedunia (maksiat zina).
Janganlah kalian mengundang kemurkaan ALLAH dengan terus menerus melakukan fahsya’ dan maksiat di atas muka bumiNYA ini.

Hari Valentine tidak ada kena mengena dengan kita umat Islam dan umat Nabi Muhammad SAW. Lebih-lebih lagi apabila hari valentine ini dijadikan hari melakukan fahsya’ atau perzinaan di seluruh dunia.

Ada pula yang menggelarkannya sebagai ‘hari pecah dara”, kerana ramai di kalangan remaja perempuan yang menjadikan hari tersebut sebagai hari pertama mereka menyerahkan tubuh mereka untuk dizinai ‘kekasih’ mereka.

Menyambut hari valentine hukumnya adalah haram seperti yang telah difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Nabi SAW terlebih awal lagi telah mengharamkan kita dari menyerupai orang kafir, sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : “Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia tergolong dalam golongan mereka itu”.

Sudahlah adik-adik sekelian…BERTAUBATLAH…!!hentikanlah segala fahsya’ dan maksiat yang kamu sering lakukan itu.

KEMBALILAH kepada ALLAH yang maha Pengasih lagi maha Penyayang.

SYABAS dan TAHNIAH  kepada JAKIM kerana telah mengishtiharkan jihad memerangi hari valentine ini..ALLAHU AKBAR!



Ayah Hafiz
Ketua Pengarah RH
13 Februari 2011

Saturday, February 12, 2011

JOM PAKAT PEGI RAMAI-RAMAI

MALAM INI CERAMAH PERDANA !!

TARIKH :
 13 FEBRUARI 2011

TEMPAT : 
PERKARANGAN SURAU AS-SAKINAH TAMAN SRI PAUH,PERMATANG PAUH

TAJUK :
HARI KEKASIH

PENCERAMAH :
AL-FADHIL USTAZ HAJI MOHAMED HAFIZ BIN MOHAMED NORDIN
(KETUA PENGARAH RAUDHATUL HUDA)

KEINDAHAN WANITA


Aduhai wanita... Sungguh mahal dirimu di mata lelaki, tetapi mengapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu sungguh agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi Penciptamu. Namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan dirimu sendiri.
Menjadi wanita adalah satu anugerah yang paling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkahmu. Halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.
Duhai wanita... Sebenarnya maruah diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah-bongkah batu yang besar. Kau menepis dengan penuh sabar setiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi-tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onak duri. Percayalah wanita, akan ada bahagia di akhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.
Wanita ku... Terima sahaja cemuhan dan makian yang muncul bederu -deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu, terima saja itu dengan senyuman dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarkan mu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir-bibir sumbing yang ingin melihat mu tersungkur. Percayalah akan ada berita manis yang singgah dicupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah.
Saudara wanitaku, iman mu adalah perisai, agamamu adalah landasanmu di setiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak-katikkan imanmu apatah lagi agama yang kau kandung hanya kerana nikmat duniawi semata-mata. Jangan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bisa kau kendong.
Andai kata kau tersungkur, segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu, atur kembali langkahmu bersama titipan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. Sedangkan Sang Jentayu yang kepatahan sayapnya masih bisa hidup bertongkat paruh apatah lagi kau yang dianugerahkan akal fikiran. Jangan bersedih wahai wanita, andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia, percayalah syurga itu sentiasa menantimu.
Bulatnya iman dan taqwa Sumaiyah ketika dihunuskan tombak ditubuhnya, demikian jugalah bulat imanmu harus kepada Penciptamu. Peganglah kata kata ini, "Kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan".
Wanita, biar tawadukmu lebih menggungung daripada kejelitaanmu, biar keayuanmu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku. Biar kebijaksanaanmu terpampang oleh tingginya ilmumu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya Masyitah pada Tuhannya, agungnya kasihKhadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi-srikandi agama terdahulu.
Jadikan agamamu sebagai tunjang yang memperkasakan akidahmu.Biar kesabaranmu menjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan imanmu dengan sejuta lapis sifat mahmudah. Jadilah kita wanita paling bahagia.


Wednesday, February 2, 2011

PENGUNGUMAN RAUDHATUL HUDA


Assalamualaikum warahmatuLLAH.. Dari maklum balas yang RH terima, ramai juga muslimah yang berminat menjadi warden di program Persinggahan Remaja RH, tetapi tidak langsung menghubungi Rh kerana merasakan mereka tidak memenuhi kreteria seperti yang dikehendaki RH. Saya selaku pengurus RH menyeru kepada yang berminat hendak menjadi warden supaya tidak teragak-agak untuk menghubungi puan Pengurus RH di talian seperti yang tertera. Pihak RH akan mengaturkan satu temuduga dengan seberapa segera. Terima kasih kepada yang menghubungi RH, terutamanya para pembaca blog RH yang tidak sepertinya ini. Sekian JAZAKUMULLAH...